top of page

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 

Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah dan kurnia- Nya, menyedari betapa pentingnya penambahbaikan dan penjenamaan ke  arah lebih cemerlang seiring dengan perkembangan semasa, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengambil langkah ke hadapan dengan menerbitkan Buku Garis Panduan EKSA PKK untuk menambahbaik pelaksanaan dan kelangsungan amalan 5S terdahulu.   

 

Buku Garis Panduan EKSA PKK ini antara lain bertujuan memupuk, mengamal dan membudayakan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PKK, bagi membentuk persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif ke arah perkhidmatan berkualiti serta memenuhi ekspektasi dan kepuasan pelanggan.

 

Selain itu, buku panduan ini juga bermatlamat untuk terus meningkatkan imej korporat warga PKK selain menyemarakkan aktiviti ke arah lebih kreatif dan inovatif. Sebagai pusat kecemerlangan bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) di negeri Sabah, kelangsungan dan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan warga PKK perlu digerakkan melalui EKSA agar tahap kemahiran dan profesionalisme setiap warga kerjanya mahupun para pelajar sentiasa meningkat.

 

Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan perancangan pelaksanaan EKSA PKK. Saya amat yakin dan percaya usaha, sokongan dan penglibatan semua ahli jawatankuasa EKSA PKK dalam menjayakan pelaksanaan EKSA sehingga terbitnya Buku Garis Panduan EKSA PKK ini, mampu menjadi pemangkin untuk kita terus bergerak menjadi sebuah organisasi berimej positif di mata masyarakat.

 

Tahniah dan syabas saya ucapkan di atas usaha murni ini dan terima kasih.

 

Dullah Bin Muluk A.D.K 

Pengarah

POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

DullahM.JPG
logo eksa.png

Hubungi Kami:

Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
No. 4, Jalan Politeknik
KKIP Barat
Kota Kinabalu Industrial Park

88460 Kota Kinabalu, Sabah

Malaysia

Telephone : ​+088401800

Fax             : +088499960

Email          : eksapkk@gmail.com

Klik untuk  : Maklumbalas Portal

​

UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN TERBAIK,
SILA GUNAKAN RESOLUSI 1024 X 768 DAN MOZILLA,
GOOGLE CHROME DAN KE ATAS.

© 2023 By EKSA PKK Webteam. Proudly created with Wix.com

bottom of page